Thursday 31 May 2012

siapa jodoh saya?? =)





-JODOH-

Ade ape dengan jodoh? (wat filem baru jap) nak kalah kan ADA APA DENGAN CINTA... haha.. =D


Ajal maut,jodoh pertemuan semua nya terletak di tangan ALLAH S.W.T..
Kita hanya manusia biasa yg akan mengikut setiap ketentuan takdir yg sudah pun tertulis... Namun,ape yg ingin saya tegaskan disini adalah mengenai jodoh...
usia semakin bertambah,jadi keinginan untuk berkahwin dan bersama dengan orang tersayang pasti muncul..tul x?? (sebenarnye ang tu gatai...!) haha..
tak salah sekiranya kita memikirkan soal jodoh,kerana ianya fitrah bagi manusia...




soal perigi cari timba...itu bukan menjadi masalah pada masa kini.... Sedangkan dalam islam,perempuan sendiri di galakkan untuk meminang lelaki.. tapi pastikan,org yg kita suka tu,suka kat kita balik..lau x nanti syok sendiri pulak..hehe... =D 
Saya juga tak tahu,siapa jodoh saya yg sebenar nye... kerana manusia hanya merancang dan ALLAH yg menetukan.. 

Semoga ALLAH mengurniakan jodoh yg terbaek buat diri ini.. ^_^

Tapi kita jgn pernah bersedih,kerana ALLAH sudah pun menetapkan sesuatu yg terbaek bagi setiap hamba nya... =)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)




Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?









Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.


Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.




✿>> Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..♥♥







MAKA DENGAN ITU...! SENYUMLAH WAHAI HAWA... =D
sekian......... 


moshi2... ^_^